Wednesday, August 2, 2017

Batu Misteri SMU(A) Al Yunusiah, Kg Panjang, Banggu

                                      Batu Misteri SMU(A) Al Yunusiah, Kg Panjang, Banggu



                               












Batu ini merupakan batu misteri terletak di sekolah menengah arab Al yunusiah SABK kg Panjang, Binjai Kota Bharu Kelantan. Dikatakan batu ini berada disini sejak zaman dahulu lagi, sebelum pembukaan kg panjang batu ini sudah ada dan dikatakan puteri Saa dong pernah duduk berehat dibatu ini dan memacak lembingnya di tempat yang sekarang ini terdapat bangku duduk..

Diceritakan sudah banyak kali cubaan untuk mengalihkan batu ini termasuk bangku tetapi tidak berjaya hinggalah cubaan kali terakhit dengan menggunakan case/kereta sodok tetapi tidak mampu mengangkat dan terus mati enjin. kemudiannya case yang lain dipanggil tetapi pemandu jadi sakit demam dan hampir pitam.

Mengikut kisah orang-orang tua bahawa batu ini berpenungu berjubah putih yang ada pedang panjang dengan sebilah keris panjang yang menjaga batu ini dari diusik. Ia biasa dilihat pada 1 Muharam setiap tahun, dibawah batu ini dikatakan ada sanggul besi/macam jarum yang ditinggalkan putri Saa'dong

Zaman dahulu orang yang biasa main ayam laga/ sabung, laga lembu tidak akan melalui kawasan ini kerana akan membawa nasib yang amat malang bukan saja ayam boleh mampus tapi orang juga boleh jatuh sakit.
sejak dari itu tiada sesiapa yang berani duduk diatas batu dan bangku tersebut walaupun tidak dipagar atau dimarahi oleh sesiapa...

Batu ini juga dikatakan dahulu ianya tidaklah sebesar sekarang dan ianya membesar dari tahun ke setahun, sekiranya diukur ianya dikatakan ukuran tidak sama, sampai 3 kali ukur tetapi panjangnya berbeza. kata orang lama kampong ini, semua yang berlaku menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT dan manusia tiada apa-apa kuasa.  Ada juga satu kes dimana ada pemuda berniat jahat dan khianat tetapi tidak sempat berbuat apa-apa kerana ternampak seekor harimau berbaring disebelah batu tersebut...setakat ini tiada apa-apa perlakuan khurafat oleh sesiapa dikawasan batu itu.